Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


7.30 pagi!! dah sampai...
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
pagi dah sampai



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 10-Dec-2008 01:09
Outing @ LOKEN (IPOH) by shahroll
Official Outing CHAPs: Behind The Story

TEAM KL iaitu Shahrul Hairy Shaharuddin (shahroll),Saupian Ahmad (Ian),Syai dan Ham (selaku owner PERSONA) bergerak sekitar jam 12.30 pagi bermula fetch shahroll dari KTM Klang ke Mentari Court (umah ian) dan ke Kota Damansara (Syai house).

Port untuk berjumpa dengan TEAM BANGI di restoren jejantas Sungai Buloh.Kami team Kl sampai dulu dalam pukul 2.45 pagi dah sampai dah.Ingat nak makan bege king tuh, sekali dah tutup daaa.. huhhuhu.. hampe harapan NatGeo (ian) nak makan woobber.. hhahhah~
last2 lepak kat ala2 fudcourt sebelah KFC.

Sedap2 borak pasal gamba, kamera last sekali pasal music!haaa... nie yg tak tahan nie, doang dari zaman hape tah cite pasal music aku dok termangu ja.. heheheh.. budak2 la katekan.. mane nak kenal Slayer la, ape tah g aku pon lupa... aku lahir dalam zaman keruntuhan music melayu dan kebangkitan music indonesia... hahhahahhehu~

Team BANGI pon sampai lam lebih kurang 3.15 pagii kot... kate dioang Mat Pojie sesat!.. upenyer sesat nak g umah Apan.. lorhhh... minum ketum ka mat pojie? adessss... gelak2 aku mase aku taip nie.. ahhahaahah... TEAM BANGI adalah Torque,Apan_Y2K dan Pojie.MrJinx x dapat ikut atas keadaan yang tidak mengijinkan beliau ikut serta.

So, dari Jejantas tu kitoang gerak ke IPOH.. . . . . . . .


ok kita sambung gih pasal outing LOKEN nie.

Lepas bertolak di Jejantas Sg buloh tu,kitorang berenti kat RnR Tapah.rilekx2 dlu, isap2 rokok pada yang berkenaaan, pastu solat jap (subuh) then baru gerak ke IPOH (loken).

Ian bagitau yang dari Tapah ke sana lebih kurang 60 kilometer saja.Tak lah jauh dari perhentian tu.Torque ade itouch so senang la beliau membuka forum CHAPs (http://chaps.21.forumer.com/) untuk roger Team IPOH kitorang skang kat Tapah.

Sesampai kat IPOH, memula kitoang nak serapan di Stadium.Tapi hampeh semua tutup!! ermm.. dah kaya kot peniaga tu.. hhuhuu.. alih2 g restoren mamak yang diberi nama "Naina Mohammad".Perghhh... lazzat sehh dia nyer PASEMBOR!! seriusly.. . tanye mat pojie klw x cya.. kan pojie kan?.. huhuhuuh...

Dah sedap semua makan2 bagai,air pon dah penuh,tank pon dah senak... Misi untuk
mencari "gamba" di LOKEN diteruskan pada pukul 8.00 pagi. Then,ada sedikit penerangan ringkas oleh saudara Ian Ahmad dan Torque untuk misi kali ini.Walaupun ringkas tapi padat!! sebab tak mau shot hanya untuk dapatkan "gambar cantik" tapi nak kan "gambar" yang boleh menceritakan apa itu LOKEN? so inilah dia.. . . . .




-Peniaga di pasar LOKEN sibuk menyusun barang perniagaan mereka di atas canvas atas jalan.
Barang seperti CD2 lama,seterika lama turut di jual.
~ shahrul hairy shaharuddin/CHAPs/Malaysia




-Pintu masuk ke pasar LOKEN.Tertulis "Memory Lane" di atas pintu gerbang.
~ shahrul hairy shaharuddin/CHAPs/Malaysia



-Seorang pelanggan yang mencari duit lama untuk dibeli di pasar LOKEN.
~ shahrul hairy shaharuddin/CHAPs/Malaysia




regards
shahrul hairy shaharuddin
shahroll photography founder
ym: shahroll_ery@yahoo.com.my
email: shahrollphoto@gmail.com
012-343-7359

© Pidgin Technologies Ltd. 2016